Vespa Sprint Carbon 2019 dibuka untuk jualan pada harga RM19000

oleh SALINA JALIL|
Naza Premira Sdn Bhd selaku pengedar jenama Skuter telah melancarkan Skuter terbaharu, Vespa Sprint Carbon 2019 dan kini mula dijual pada harga RM19,000 tidak termasuk insurans dan cukai jalan.


Versi ini menjadi tambahan terbaharu bagi edisi 2019, selepas pengenalan model-model lain seperti Premira S 150, Sprint S 150 dan S125 Carbon Edition dan didatangkan dengan dua warna pilihan sahaja iaitu hitam (Black Vulcano) dan putih (White Innocenza).

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Selain bahagian krom pada pemegang dan cermin sisi yang masih kekal, Sprint Carbon ini menerima kemasan merah dan pelekat rim baru, dan kemasan kelabu pada bahagian lampu.  

 

depan

 

Turut merupakan ciri baru ialah rekaan “bow-tie” di bahagian depannya serta speedometer dengan kemasan gentian karbon hiasan. Bahagian badannya turut menerima pelekat hiasan jalur tiga warna yang melambangkan Italian “Tricolore” flag.

 

 

 

Skuter ini menggunakan enjin silinder tunggal 150 cc i-Get sejukan udara dengan suntikan minyak, menghasilkan sebanyak 12.9 hp pada 7,750 rpm kuasa manakala tork pula sebanyak 12.8 Nm pada 6,500 rpm. Transmisi unit ini menggunakan jenis CVT dan pacuan tali sawat, manakala rim aloi pula kekal bersaiz 12-inci.

 

 

Keupayaan membrek dikendalikan melalui sistem brek cakera 200 mm hidraulik dengan ABS di bahagian depan, manakala di belakang menggunakan brek dram. Kapasiti tangki petrol pula ialah 7.5 liter, serta ruang storan di bawah tempat duduk berkapasiti 16 liter.

 

                              

                                              

 

 

Sprint Carbon 150cc

ENGINE

 Engine type

I-get single cylinder, 4 strokes, 3 valves

 Fuel distribution system

 Electronic Injection PFI (Port Fuel Injection)

 Displacement

149 cc

Bore & Stroke

58 mm x 58.6 mm

 Max. Power

9.5kw at 7.750 rpm

 Max. Torque

12.8Nm at 6.500 rpm

 Cooling system

Forced Air

 Transmission

 CVT with torque server

CHASSIS

 Front suspension

 Single arm with helical spring and hydraulic shock absorber

 Rear suspension

Shock absorber, adjustable to four positions at preloading

Front Wheel

 Die-cast aluminum alloy 3.00x12” - Tubeless 110/70-12"

Rear Wheel

  Die-cast aluminum alloy 3.00x12” - Tubeless 120/70-12”

Brake system

ABS - 1 channels

 Front brake

Hydraulically operated ø 200 mm stainless steel disc brake

 Rear brake

Mechanically operated ø 140 mm drum brake

DIMENSION

 Length

 1,863 mm

 Width

 695 mm

Wheel base

1,334 mm

 Fuel capacity

  7 (± 0.5 ) liter

 

vespa 2

Berita Berkenaan

Berita Domestik
MotoPlex Sungai Buloh diuruskan oleh Welly Sungai Buloh Sdn Bhd, pengedar rasmi yang dilantik oleh…
Pelancaran Motosikal
Projek kolaborasi eksklusif Vespa kali ini adalah sempena menyambut ulang tahun Disney yang ke-100…
Model Terbaharu
Pengenalan edisi khas khas Vespa 946 10° Anniversario itu bersempena dengan sambutan tahun baru…