Vespa Sprint S 150 2021 - kini dengan skrin TFT, harga dari RM19,900

oleh Mohamad Hanif|
Didi Resources selaku pengedar rasmi produk berjenama Vespa di Malaysia hari ini melancarkan Vespa Sprint S yang dilengkapi dengan paparan TFT yang jauh lebih moden, serta sokongan aplikasi peranti pintar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Secara tidak langsung, Vespa Sprint S 150 ini merupakan jawapan kepada mereka yang sedang mencari sesuatu yang memiliki nilai estetik dan tersendiri, dan dalam masa yang sama membawakan gaya hidup yang dinamik, eksklusif serta terhubung.
 

Vespa


Dari segi kuasa, Vespa Sprint S ini dilengkapi dengan enjin I-get silinder tunggal 150 cc yang mampu menghasilkan 12.7 hp dan daya kilas 12.8 Nm serta transmisi automatik.

Aspek tunggangan dibantu dengan sistem brek cakera di depan bersaiz 200 mm, brek dram mekanikal 140 mm, serta bantuan sistem ABS saluran tunggal.
 

Vespa


Ciri unik yang terdapat pada Sprint S 2021 ini termasuklah pelana yang memiliki rekaan jahitan unik berbentuk permata, kemasan pelekat baharu, kemasan warna badan gangsa dengan rim aloi aluminium matt black atau warna badan hitam dengan rim gangsa, serta sistem pencahayaan LED depan dan belakang.

Seperti yang disebutkan tadi, Vespa Sprint S 2021 kini didatangkan dengan skrin paparan TFT dengan sokongan sambungan kepada aplikasi VESPA MIA untuk peranti iOS atau Android.
 

Vespa


Skrin paparan TFT ini boleh memaparkan notifikasi serta menguruskan panggilan masuk dan mesej dengan menggunakan kawalan yang terdapat pada bahagian hendal kiri.

Selain itu, aplikasi ini turut memaparkan informasi penting seperti status semasa, parameter tunggangan, serta statistik perjalanan yang ditempuh menerusi peranti pintar, sekaligus meningkatkan lagi pengalaman tunggangan gaya hidup urban.

Harga jualan Vespa Sprint S 2021 dengan skrin TFT ini bermula dari RM19,900.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dengan hanya membayar wang tempahan serendah RM60, para peminat Vespa boleh mendapatkan aksesori…