Video: Bagaimana Mercedes-Benz uji sistem ABS generasi pertama pada bas, lori

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum ini Careta pernah menyiarkan sejarah di mana Mercedes-Benz memperkenalkan sistem brek anti-kunci (ABS) generasi kedua yang dibangunkan bersama Bosch sebelum membuat keputusan untuk melengkapkan ciri tersebut pada sedan S-Class.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Generasi pertama sistem ABS ini dibangunkan berdasarkan idea daripada sistem anti-skid yang digunakan dalam bidang penerbangan pada tahun 1952 dan juga Knorr braking system (bukan kiub ayam Knorr) yang digunakan pada landasan keretapi pada tahun 1954. 

Pada mulanya, para jurutera di Daimler-Benz dan TELDIX GmbH (yang kemudiannya diambil alih oleh Bosch)  menghadapi masalah untuk mengaplikasikan sistem anti-kunci sedia ada kepada sistem yang dikhususkan untuk kegunaan jalan raya yang mempunyai pelbagai jenis rupa dan tahap cengkaman yang berbeza. 
 


Sehinggalah pada tahun 1967, kedua-dua entiti tersebut bergabung untuk membangunkan sistem ABS bersama-sama dan tiga tahun selepas itu, baharulah mereka hadir dengan sistem ABS generasi pertama yang dikhususkan untuk kegunaan lori, bas dan kereta. 

Di dalam era di mana sistem komputer tidaklah semaju zaman kini, Daimler-Benz berusaha selama lapan tahun menguji prototaip generasi pertama sistem ABS ini menggunakan bas dan lori dalam keadaan jalan yang ekstrem sebelum sistem ini mencapai tahap kematangan secara teknikal dan boleh diharap untuk dimuatkan ke dalam kenderaan. 

Akhirnya pada tahun 1978, Mercedes telah memperkenalkan kepada umum sistem brek anti-kunci generasi kedua yang telah ditambah baik dan mampu memberikan tahap pengendalian yang lebih baik kepada kenderaan penumpang dan juga komersil. 
 


Pengenalan sistem generasi kedua tersebut turut menampilkan sistem kawalan brek anti-kunci secara digital yang dibangunkan oleh Bosch, mengambil masa lima tahun pembangunan bagi membolehkan komponen elektronik dalam ABS menjalankan tugas-tugas memberhentikan kenderaan lebih baik dalam tempoh milisaat berbanding sistem analog yang terdahulu. 

Semenjak daripada itu, Mercedes mengambil masa selama dua tahun selepas pengenalan kali pertama itu untuk menawarkan ciri ABS sebagai ciri pilihan pada setiap kereta penumpang mereka, dan turut menawarkannya pada kenderaan komersil mereka bermula 1981, dan kesemua kenderaan pada tahun 1982.

Terima kasih Heinz Leiber, ketua pembangunan sistem ABS di Daimler-Benz yang lebih dikenali sebagai: "Bapa Pembangunan ABS".

Saksikan video bagaimana Mercedes-Benz menguji sistem brek anti-kunci pada kenderaan berat ketika awal pembangunan generasi pertama ABS.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun selain daripada Toyota Land Cruiser, kita sering kali terlupa kewujudan sebuah lagi model off…
Berita Domestik
Kedua-dua helmet Zeus ZS-388 dan ZS-217 diperbuat daripada bahan ABS dan boleh didapati dalam saiz…
Berita Domestik
Antara unit yang sudah pun mula dipasang termasuklah Ninja 250 ABS dan Z250 ABS, serta model Ninja…