Selain daripada muka baharu, Honda turut menitikberatkan soal diet berat badan, di mana mereka berjaya mengurangkan 20.9 kilogram daripada berat asal.
Pengurangan berat ini dicapai menerusi pembuangan barangan yang tidak diperlukan, seperti penebatan bunyi, saluran pemanas belakang, wiper belakang.
Roda aloi juga telah digantikan dengan set rim tempa dari BBS yang dibaluti tayar Michelin Pilot Sport Cup 2, yang turut menyumbang pengurangan 10 kg lagi.
Jadi, apakah rahsia di sebalik rim tempaan BBS ini?
Honda telah menerbitkan sebuah video ringkas di sebalik tabir pembikinan rim BBS yang serba ringan itu, di mana menurut Honda, penggunaan rim tempaan adalah lebih baik daripada rim tuang.
Ini kerana dengan menggunakan tenaga haba dan tekanan ketika proses menempa - prinsip yang sama dalam menghasilkan pedang Jepun - struktur besi aluminium dikatakan lebih halus, lebih kuat dan dalam masa yang sama lebih ringan, bertujuan untuk mengelakkan penghasilan rongga yang terbentuk ketika menggunakan keluli lebur.
Dengan Honda Civic Type R Limited Edition, Honda sudah mula yakin untuk menawan litar-litar utama dunia, dimulakan dengan rekod yang dicatatkan di Litar Suzuka awal bulan yang lalu.