VIDEO: Bagaimana Toyota memasang GR Yaris di Motomachi, Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Toyota bukanlah tidak pernah berpengalaman memproduksikan barisan kereta-kereta pantas, anda boleh lihat senarai yang sangat panjang untuk model-model yang pernah dihasilkan pada era 70-an, 80-an dan sekitar 90-an.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Itu cerita dulu, sebelum Toyota tiba-tiba 'berpuasa' daripada menghasilkan kereta-kereta yang menyeronokkan.

Namun, dengan wujudnya jenama Gazoo Racing, Toyota dilihat kembali serius untuk menghasilkan barisan jentera jalanan berprestasi tinggi, seperti contoh kehadiran GR Supra dan juga GR Yaris.

 


Dalam satu video ringkas, Toyota memperlihatkan bagaimana mereka memasang jentera hot hatch tersebut di kilang Motomachi, lokasi yang pernah digunakan untuk memasang Lexus LFA.

Untuk memasang GR Yaris yang ternyata memiliki struktur badan yang berbeza berbanding Yaris standard, pihak Toyota perlu mewujudkan satu barisan produksi serba baharu bagi memastikan kualiti yang terhasil adalah lebih baik dan standard untuk kesemua model.

Malah, seperti yang diterangkan sebelum ini, kadar ketegaran casis GR Yaris adalah lebih tinggi berbanding model standard disebabkan penambahan kira-kira 200 poin kimpalan, serta gam struktur yang lebih panjang.

 


Melihatkan kepada kaedah pembuatan yang diaplikasikan oleh Toyota, ternyata fasiliti di Motomachi ini mampu mengendalikan pemasangan pelbagai jenis kenderaan dalam volum kecil tanpa berkompromi terhadap kadar produktiviti dan juga kualiti yang diharapkan.

Ini memberikan bayangan bahawa Toyota sebenarnya sedang bersedia untuk memasang lebih banyak model berorientasikan kuasa di bawah jenama GR di Motomachi, seperti contoh GR Corolla dan juga GR 86.

Luangkan masa hujung minggu anda dengan menikmati dokumentari ringkas bagaimana Toyota memasang GR Yaris di kilang Motomachi, Jepun.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Bermula dari Toyota GR Supra, ia kemudian disusuli dengan Toyota GR Yaris, GR86, serta hot hatch…
Berita Global
Mungkin tidak ramai yang tahu, Toyota juga sebelum ini pernah menawarkan sedan pantas Mark X GRMN,…
Berita Global
Jika bukan kerana jasa Morizo (atau Akio Toyoda) yang sudi mengotorkan tangan di dalam litar lumba…