Video: Belajar mengawal kereta yang tiada ABS pada era 60-an

oleh Mohamad Hanif|
Tahun 1960-an, zaman di mana sudah banyak kenderaan empat roda yang sudah melata di atas jalan namun aspek pengendalian dan kawalan kenderaan sudah pun dititikberatkan oleh mereka yang prihatin.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pada ketika itu merupakan zaman ketiadaan sebarang teknologi yang berkesan seperti tayar musim sejuk, brek anti-kunci yang masih lagi tidak diluaskan penggunaannya kepada kereta penumpang, dan sistem pacuan semua roda juga masih di dalam pembangunan. 

Ketiadaan ciri yang disebutkan diatas tidak menghentikan niat murni Rob Slotemaker, seorang pelumba berdarah Jerman membuka sebuah sekolah latihan memandu pada tahun 1956 di Netherlands, yang masih lagi beroperasi sehingga kini. 

 


Berdasarkan video klasik di atas, dengan hanya menggunakan sebuah kereta Triumph TR3 sebagai kereta demo dan sebuah litar yang dibasahi air, beliau menitikberatkan dua skil penting kepada para pemandu iaitu:

  • tidak menggunakan brek ketika kereta hilang kawalan 
  • menggunakan prinsip cadence braking

Cadence braking yang disebutkan tadi merupakan skil mengepam pedal brek dengan cepat supaya dapat mengembalikan kadar cengkaman tayar kepada jalan raya, bila mana kenderaan kehilangan kawalan. 

Skil cadence braking ini merupakan cara brek anti-kunci secara manual yang perlu dipelajari dan dipraktikkan oleh para pemandu sebelum kedatangan ciri ABS yang lebih berkesan ke dunia pada tahun 1978. 
 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun selain daripada Toyota Land Cruiser, kita sering kali terlupa kewujudan sebuah lagi model off…
Berita Domestik
Kedua-dua helmet Zeus ZS-388 dan ZS-217 diperbuat daripada bahan ABS dan boleh didapati dalam saiz…
Berita Domestik
Antara unit yang sudah pun mula dipasang termasuklah Ninja 250 ABS dan Z250 ABS, serta model Ninja…