VIDEO: Berapa jauh Nissan LEAF boleh gerak apabila dipandu kelajuan malar 160 km/j?

oleh Mohamad Hanif|
sumber: Auto Trader
Apabila segmen kenderaan elektrik muncul, kebanyakan pemilik mula dilanda penyakit kebimbangan jarak.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini kerana pada ketika itu, teknologi bateri masih lagi belum cukup matang, dan EV seperti Nissan LEAF generasi pertama ini mempunyai jarak gerak sejauh 175 km sahaja untuk sekali cas penuh.

Laman Auto Trader telah melakukan ujikaji bagi menentukan sejauh mana Nissan LEAF 2012 mampu bertahan apabila dipandu pada kelajuan maksimum 160 km/j.

Untuk keselamatan, mereka menjalankan eksperimen tersebut di litar tertutup berbentuk bujur, di mana pada ketika itu Nissan LEAF mempunyai jarak gerak sejauh 106 km sahaja.

Namun disebabkan faktor cuaca sejuk, jarak gerak tersebut menurun kepada 67 km.

Jadi, berapa jauh Nissan LEAF mampu bergerak apabila dipandu pada kelajuan maksimum yang dihadkan? Jawapannya boleh didapati pada video di bawah:

 

Sumber: Auto Trader

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, bateri baharu LFP itu dijangka akan dimuatkan pada model-model kereta…
Berita Global
Seperti contoh, sedan saiz penuh EQS 53 AMG yang tampil dengan motor elektrik berkembar yang telah…
Berita Global
Dibangun menggunakan asas daripada generasi keempat Trafic yang muncul pada tahun 2020, ia masih…