Spesifikasinya juga cukup menarik, dengan sesaran 999 cc enjin empat silinder sebaris ini mampu menjana kuasa 199 hp pada 13,500 rpm yang disalurkan kepada roda belakang menerusi transmisi enam nisbah kelajuan.
Atas jalan, ia mampu memecut sepantas 2.6 saat dari 0-100 km/j, manakala 0-200 km/j pula cuma mengambil masa sekitar 6.87 saat dengan kelajuan maksimum 320 km/j.
BMW S 1000 RR dipasang di kilang BMW Motorrad yang terletak di Spandau, Berlin dan ia hanya mengambil masa kira-kira 2 jam untuk siap sepenuhnya.
Bukan setakat BMW S 1000 RR, kilang ini juga turut memasang motosikal BMW yang lain dan mampu menghasilkan kira-kira 220 buah motosikal dalam masa sehari.
Seperti kilang pemasangan moden yang lain, bantuan robot diperlukan disesetengah seksyen dan dilengkapkan dengan bantuan tenaga manusia bagi memeriksa dan menilai ruangan yang sememangnya memerlukan sentuhan tangan.
Jadi, luangkan masa hujung minggu anda, dan nikmati video dokumentari pemasangan BMW S 1000 RR di bawah.