Video: Cara tuang minyak pelincir dengan betul

oleh Mohamad Hanif|
Tidak kiralah apa jua urusan yang melibatkan aktiviti penuangan minyak seperti minyak hitam ketika servis berkala, tambah minyak 2T bagi motosikal dua lejang dan sebagainya, insiden tumpahan minyak itu adalah perkara biasa.

Mungkin ramai di antara kita yang mendabik dada sudah pun mahir menuang minyak, namun tahukah anda cara yang anda pakai selama ini adalah tidak tepat?
 


Cara yang terbaik untuk menuang minyak bagi mengelakkan tumpahan berlaku adalah dengan memegang botol dengan muncung botol yang diposisikan pada bahagian atas. 

Mengunakan posisi ini, ia dilihat memudahkan aliran udara masuk menggantikan kuantiti minyak yang keluar, sekaligus mengurangkan rintangan yang menyebabkan tumpahan dan lelehan minyak pada botol. 


Sekiranya kita menggunakan posisi yang biasa dengan muncung botol diletakkan pada bahagian bawah, ia menyukarkan udara untuk masuk dan menggantikan ruang di dalam botol, dan keadaan ini menyebabkan aliran minyak menjadi terganggu (istilah glug dalam bahasa Inggeris), seterusnya boleh menyebabkan tumpahan. 

Anda boleh merujuk kepada video yang kami sertakan untuk maklumat lanjut. 

 

 

ada sesiapa yang ingin mencabar skil brader di atas ini?

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengenalan minyak pelincir SP Grade ini akan menggantikan barisan produk SN Grade kecuali SN 0W-30…
Berita Domestik
  Meneruskan momentum kejayaan kempen ini, PETRONAS AutoExpert kini menawarkan diskaun sehingga 50…
Berita Domestik
Barisan minyak enjin baharu ini dihasilkan khusus untuk dua keadaan pemanduan utama, iaitu di lebuh…