VIDEO: Dengarkan bunyi garang saat enjin inline-3 Gemera dihidupkan

oleh Mohamad Hanif|
Dua tahun lalu, Koenigsegg melancarkan sebuah model baharu Mega-GT, iaitu Koenigsegg Gemera yang menampilkan pelbagai teknologi yang inovatif, selain mampu memuatkan sehingga empat orang pada satu-satu masa dengan selesa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Apa yang lebih menarik adalah nadi tiga silinder sebaris 2.0 liter yang digunakan sebagai asas kepada tenaga penggerak Mega GT ini, dibantu dengan teknologi tersendiri Freevalve dan tiga motor elektrik.

Enjin itu sahaja (dengan bantuan turbo berkembar) mampu menghasilkan kuasa setinggi 600 hp dan 600 Nm.

Jadi berapa angka kuasa kuda keseluruhan jentera ini? 1,700 hp dan 3,500 Nm dengan pecutan 0-100 km/j dalam masa 1.9 saat sahaja!

 


Dalam perkembangan terbaharu, CEO dan pengasas Christian von Koenigsegg muncul sendiri dalam video yang menerangkan serba sedikit apa yang berlaku di Koenigsegg pada ketika ini.

Menurutnya, "terdapat banyak perkara yang berlaku di sebalik tabir di sini, dan kami telah memuatkan banyak peranti pengujian, merekodkan data, dan sebagainya.

"Menariknya, jentera ini mampu memuatkan sehingga tiga orang pembangun dan seorang pemandu uji, supaya mereka bersama-sama menala jentera ini dengan lebih baik.

Enjin yang dimuatkan pada jentera ujian pada ketika ini hanyalah berkeupayaan untuk melahu sehingga 4,500 rpm, jauh lebih rendah berbanding garis merah yang dijangkakan.

 

Gemera


Saat enjin Gemera dihidupkan, ia kedengaran menghasilkan runut bunyi yang agak kasar dan bertenaga, namun von Koenigsegg menjelaskan pihak mereka masih lagi sedang cuba untuk menala prestasi serta respons enjin, dan yang paling penting adalah runut bunyi yang terhasil kelak.

Tambahnya, biarpun masih lagi dalam peringkat ujian, Gemera merupakan satu jentera yang menarik untuk dipandu.

"Teknologi canggih yang ada dan tidak pernah dilihat sebelum ini seperti enjin Tiny Friendly Giant (TFG), motor elektrik Quark, unit penyongsang (inverter) David - kesemua ini digabungkan untuk mencipta sebuah raksasa yang berkuasa dengan pacuan empat roda, ciri torque-vectoring semua roda, namun dengan karakteristik yang lebih mesra pengguna.

"Maksud saya, ia amat mudah dan seronok untuk dipandu, dan Gemera memberikan pengalaman unik yang saya tidak pernah alami sebelum ini.

Baca: Teknologi pacuan elektrik Koenigsegg - Terrier, Quark, David

Berita Berkenaan

Berita Global
Secara asasnya, biarpun dengan kuasa yang mampu mencecah sehingga 2,300 hp dan 2,750 Nm, Koenigsegg…
Berita Global
Sebenarnya, ia bukanlah sekadar penambahan varian baharu, akan tetapi Koenigsegg telah pun…
Berita Global
Namun, para pembeli yang berminat untuk mendapatkan hypercar Gemera ini boleh memilih opsyen enjin…