VIDEO: Disebalik tabir pembikinan rakaman Bugatti Chiron capai rekod dunia 0-400-0

oleh Mohamad Hanif|
Sedar tak sedar, sudah tiga tahun semenjak Bugatti mengejutkan dunia dengan pencapaian rekod 0-400 km/j-0 dalam masa hanya 42 saat sahaja dengan menggunakan Bugatti Chiron.

Rekod yang dicatatkan oleh supercar berkuasa 1,500 PS itu dilakukan di tapak ujian milik VW Group, Ehra-Lessien.

Baru-baru ini, salah seorang daripada pasukan produksi video Bugatti telah memuatnaik rakaman disebalik tabir pembikinan video bagaimana mereka merakam pergerakan Bugatti Chiron yang mampu mencapai 400 km/j itu.

Selain daripada rig kamera standard dan helikopter untuk merakam pemanduan Chiron tersebut, pasukan tersebut sebenarnya menggunakan sebuah lagi Bugatti Chiron di hadapan kereta yang dirakam.

 


Kelengkapan yang digunakan adalah kamera dron DJI X5 yang dipasangkan di belakang Chiron putih, dan kedua-duanya dilancarkan secara serentak bagi mendapatkan rakaman pergerakan yang sangat cantik, dan sememangnya ia bukan satu tugas yang mudah.

Ternyata rakaman yang diperoleh sungguh memuaskan hati, namun pihak produksi terpaksa menambah efek gegaran kamera bagi 'menghidupkan' lagi rakaman tersebut.

Namun, disebabkan posisi kamera yang diletakkan berdekatan dengan corong keluar ekzos, asap ekzos didapati mengganggu fokus kamera dan rakaman yang diperoleh kurang tajam daripada kebiasaan.

Selain daripada itu, pihak produksi juga terpaksa menggunakan alat penderia mengesan kehadiran haiwan disebabkan lokasi penggambaran yang terletak di tengah-tengah hutan bagi mengelakkan sebarang pelanggaran ketika Bugatti Chiron mencapai kelajuan 400 km/j.

Apa yang pasti, sangkaan anda berkenaan penggunaan rig kamera yang dipasang pada Toyota Supra adalah tidak tepat sama sekali...

 

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Kenapa kami katakan sedemikian? Ini kerana CEO syarikat The Khoshbin Company yang memiliki kira-…
Berita Global
Prathyush menggunakan ciri-ciri rekabentuk ikonik Bugatti untuk menghasilkan lakaran digital Hyper…
Berita Global
Bugatti Chiron Noire didatangkan dengan kemaskini berbentuk visual dengan hasil kerja badan…