Video: 'Drift King', Keiichi Tsuchiya drift Hyundai Ioniq 5 N!

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Siapa sahaja yang tidak mengenali lagenda drift Jepun, Keiichi Tsuchiya yang terkenal dengan kemahiran memandunya dalam dunia sukan permotoran.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Apabila menyebut tentang Hyundai, sejarah awalnya bukanlah menunjukkan imejnya sebagai sebuah jenama prestasi yang menjadi pilihan para pelumba.

Namun siapa sangka sejak beberapa tahun ini, Hyundai dilihat menyerlah dengan beberapa model prestasi yang dihasilkan melalui subsidiarinya iaitu Hyundai N.

 

2

 

Antara hasil terkini ialah sebuah model prestasi EV iaitu Hyundai Ioniq 5 N yang telah membuat kemunculan rasmi pada bulan Julai lepas.

Berbanding Ioniq 5 biasa, versi N itu dihadirkan dengan tetapan dua motor elektrik yang mampu menghasilkan sehingga 600 hp dan 740 Nm.

Menariknya, ia turut dilengkapi fungsi N Grin Boost, di mana bila diaktifkan ia mampu meningkatkan kuasa sehingga 641 hp dan 770 Nm, namun boleh bertahan dalam masa 10 saat sahaja.

 

3

 

Bagi menyerlahkan lagi potensi EV tersebut, Keiichi Tsuchiya baru-baru ini telah diberikan peluang untuk merasai pengalaman drift di acara World Time Attack Challenge (WTAC), Sydney.

Dalam video terbaharu itu, Tsuchiya berkongsi beberapa tanggapannya tentang EV itu, di mana dia akui bahawa dia mempunyai jangkaan yang rendah.

Antara punca dia mengatakan sebegitu atas beberapa sebab, antaranya ialah "tidak banyak kereta jenis sukan dari Korea" di Jepun.

 

4

 

Menurutnya juga, ia merupakan drift pertamanya dengan kenderaan elektrik, jadi semestinya stereotaip lama mengenai EV sentiasa dirisaukan.

Tentu sekali berat yang memainkan peranan, di mana berat bagi sebuah EV pastinya lebih banyak jika dibandingkan dengan jentera drift biasa.

Tsuchiya berkata, ”Yang paling mengejutkan ialah ketangkasan, yang tidak dapat difikirkan untuk kereta seberat 2,200 kg"

 

5

 

"Semasa memandu, saya fikir ianya seberat kira-kira 1,800 kg hingga 1,900 kg , tetapi apabila saya kembali ke pit, saya terkejut apabila mengetahui bahawa ia sebenarnya seberat 2,200 kg."

Pastinya, apabila berada ditangan seseorang yang digelar sebagai 'Drift King', EV seperti Ioniq 5 N itu kelihatan beraksi seperti jentera drift biasa.

 

Baca: Hyundai Ioniq 5 N 2024 rasmi - crossover pantas 641 hp, 770 Nm

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Anda masih lagi boleh melihat betapa aktifnya beliau di dalam beberapa acara sukan permotoran (…
Sukan Bermotor
Jenama seperti Mercedes-AMG, BMW M dan Hyundai N sudah mula menumpukan perhatian terhadap kenderaan…
Berita Domestik
Beliau mula menempa nama sebagai pelumba Jepun pertama yang memenangi perlumbaan Grand Prix pada…