VIDEO: Drift Twins Gazoo Racing promosikan Happy Meals dengan Tomica Toyota GR Supra

oleh Mohamad Hanif|
Beberapa hari yang lalu, timbul satu iklan daripada McDonalds Jepun yang mempromosikan Happy Set (Happy Meals) yang disertakan dengan Tomica Toyota GR Supra bermula 1 Mei 2020.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk menyemarakkan lagi promosi tersebut di sana, Toyota Gazoo Racing bekerjasama dengan McDonald's menerusi aksi pemanduan yang dilakukan oleh sepasang GR Supra yang dimiliki oleh drifter terkenal Daigo Saito dan Nobuteru Taniguchi.

 

 


Menerusi video berdurasi 2 minit 18 saat, ia memaparkan aksi pemanduan jentera GR Supra yang dimulakan dengan proses menempah Happy Set di laluan pandu lalu McDonald's sebelum keduanya melakukan aksi drift di atas litar buatan.

Di akhir video dipaparkan kedua-dua pemandu Daigo Saito dan Nobuteru Taniguchi sedang menikmati Happy Set dengan kedua-duanya memegang unit Tomica Toyota GR Supra berwarna merah.

 


Sayang sekali, unit Tomica Toyota GR Supra ini hanya terhad untuk pasaran Jepun buat masa ini, namun bagi mereka yang mengetahui lubuk panas, unit ini boleh didapati di Malaysia dalam masa beberapa bulan sahaja.

Itu pun kalau Perintah Kawalan Pergerakan ditamatkan lebih awal lah.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk model Countach itu tadi, anda boleh memilih sama ada untuk mendapatkan lori pengangkut…
Gaya Hidup
Hideki Kakinuma, Ketua Jurutera Honda Civic Type R dalam satu acara yang dianjurkan oleh Tomica…
Berita Global
Hadiah tersebut berupa model berskala yang diproduksikan oleh Tomica, iaitu sebuah model replika…