VIDEO: Gordon Murray T.50 'dibelasah' semata-mata untuk ujian beg udara!

oleh Mohamad Hanif|
Gordon Murray T.50 merupakan supercar yang lahir daripada insan yang bertanggungjawab menghasilkan jentera produksi terpantas di dunia McLaren F1, iaitu Gordon Murray.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, sebelum supercar unik itu diedarkan kepada 100 orang pelanggan, ia mestilah diuji terlebih dahulu, dan salah satu ujian yang dibuat terhadap T.50 itu adalah ujian kalibrasi beg udara.

Ini bagi memastikan sistem keselamatan itu berfungsi dengan sebaiknya bagi melindungi pelanggan terutama ketika sesi hari litar.

 


Berdasarkan video, T.50 tersebut dipandu atas beberapa keadaan seperti jalan berbatu Belgian Pave, lubang jalan, lintasan keretapi, dan juga timbunan kerikil.

Malah, terdapat satu ujian dimana supercar merempuh rasuk keluli yang mengakibatkan komponen tie rod kereta itu patah akibat pelanggaran tersebut.

Selepas ujian tamat, model prototaip XP1 yang ditunjukkan dalam video itu akan digunakan sebagai kenderaan latihan bagi pasukan servis sebelum dihantar untuk 'bersemadi' di muzium Gordon Murray Automotive.

Baca: Gordon Murray T.50

Berita Berkenaan

Berita Global
T.50s Niki Lauda ini hanya dihasilkan dalam 25 unit sahaja, dan ia bakal diproduksikan setelah 100…
Model Terbaharu
Gordon Murray (menerusi syarikatnya Gordon Murray Automotive) kini hadir dengan sebuah lagi produk…