VIDEO: GR Yaris cuba tarik Porsche 911 terbabas di laluan bersalji

oleh Mohamad Hanif|
Di negara yang terletak di garisan Khatulistiwa dengan iklim yang panas dan hujan sepanjang tahun, memang sukar untuk kita merasai sendiri pemanduan di atas laluan bersalji.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, harus diingatkan bahawa pemanduan di atas salji bukanlah mudah, apatah lagi apabila kita cuba memandu sebuah kereta dengan angka kuasa kuda yang tinggi, pacuan roda belakang dan tidak pula menggunakan tayar khas, seperti apa yang berlaku pada Porsche 911 ini.

Di Poland, sebuah Porsche 911 (generasi 992) dilaporkan hilang kawalan ketika memandu dan terbabas di tepi jalan bersalji.

 


Mujur pada ketika itu, sebuah Toyota GR Yaris datang membantu, dan ia dilihat jentera yang sesuai untuk menarik keluar Porsche 911 yang terkandas, terima kasih kepada sistem pacuan semua roda GR-Four.

Namun, berdasarkan video rakaman, GR Yaris turut mengalami kesukaran disebabkan berat badan yang ringan untuk menarik Porsche 911 yang lebih berat dan besar di atas laluan cengkaman rendah itu.

Seorang pengguna Instagram memberikan komen bahawa jentera GR Yaris itu berjaya menarik keluar Porsche 911, dan mujur tiada kecederaan dilaporkan.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Czarny (@__the_knife__)

Berita Berkenaan

Berita Global
Bermula dari Toyota GR Supra, ia kemudian disusuli dengan Toyota GR Yaris, GR86, serta hot hatch…
Berita Global
Mungkin tidak ramai yang tahu, Toyota juga sebelum ini pernah menawarkan sedan pantas Mark X GRMN,…
Berita Global
Jika bukan kerana jasa Morizo (atau Akio Toyoda) yang sudi mengotorkan tangan di dalam litar lumba…