VIDEO: GR Yaris sebenarnya boleh cabar GR Supra!

oleh Mohamad Hanif|
gambar hiasan
Sebelum anda komen dengan lebih lanjut, ya kami sendiri faham bahawa perbandingan antara GR Yaris dan GR Supra itu sendiri satu perbandingan yang senget, di mana kedua-dua kereta itu sendiri lahir dari dunia yang berbeza.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, perbezaan antara kedua-dua model GR itu nampaknya boleh dirapatkan atas beberapa faktor seperti faktor cuaca dan skil pemandu, dan ia dibuktikan sendiri menerusi satu video berdurasi sembilan minit yang dimuatnaik oleh GreatMotors.

Aksi 'kejar-mengejar' ini mengambil tempat di Litar Hockenheim, Jerman memaparkan sebuah GR Yaris berada di posisi belakang GR Supra ketika acara hari litar terbuka.

Walaupun Toyota GR Supra mempunyai kelebihan yang tersendiri seperti bilangan silinder yang lebih banyak dan keupayaan memecut di laluan yang lurus, kelebihan itu nyata semakin mengecil bila mana laluan lurus digantikan dengan selekoh.

Sistem telemetri yang terpasang pada GR Yaris itu turut menunjukkan janaan tenaga 1.3G di selekoh, dan kelajuan melebihi 209 km/j!

Di bawah merupakan dua buah video berasingan yang memaparkan aksi antara GR Yaris dan GR Supra.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Di dalam bahan promosi, Ford didapati menyenaraikan ciri-ciri seperti kawalan jelajah berbantu…
Berita Domestik
Bersempena dengan penganjuran K-Car Global 2019 yang bakal mengambil tempat di Litar Antarabangsa…
Berita Domestik
Antara cir-ciri yang mengujakan peminat kenderaan mengenai Proxes TR1 ini ialah corak bukaan sisi…