VIDEO: Gymkhana Ten - Ken Block guna lima buah kereta!

oleh Mohamad Hanif|
Siri video aksi pemanduan daripada Ken Block dan pasukan Hoonigannya itu kini sudah sampai kepada episod yang ke-10, dan pada video terbaharu itu, beliau tampil dengan beberapa kelainan supaya para penonton tidak terasa muak dengan aksi pusingan donut yang sama.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jika sebelum ini beliau hanya menggunakan sebuah jentera sahaja sebagai watak utama, kali ini Ken Block membawakan lima buah jentera yang berlainan dan lima buah lokasi yang berbeza di serata dunia. 

Antara yang menarik perhatian ialah jentera Hoonitruck F-150 tahun 1977 yang membuat kemunculan kepada umum sekitar beberapa bulan yang lalu. 
 


Selain daripada itu, terdapat juga Hoonicorn Ford Mustang 1965, Ford Fiesta WRC yang menjadi jentera rasmi beliau dalam World Rally Championship, Ford Escort RS Cosworth 1991 dan sebuah Ford Focus RS RX daripada Gymkhana Nine. 

Tidak perlu penulis jelaskan dengan lebih lanjut, nikmati aksi berani pening beliau menerusi Gymkhana Ten!

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Kematian Ken Block pastinya meninggalkan kesan besar terutama sekali buat para peminat yang…
Berita Global
Ken Block telah meninggal akibat insiden yang melibatkan kereta luncur salji semasa percutian…
Berita Global
Subaru GL Wagon 1983 atau dikenali sebagai Family Huckster itu dibina khusus untuk digunakan oleh…