VIDEO: Honda Civic Type R berjaya 'mengelak' rusa pada kelajuan 74 km/j

oleh Mohamad Hanif|
Ujian pengelakan rusa yang dijalankan oleh km77.com sejak bertahun-tahun itu kini diteruskan pada sebuah kereta sports pacuan roda hadapan yang popular, iaitu Honda Civic Type R selepas Civic versi standard diuji pada November 2022.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menariknya, biarpun Honda Civic Type R mempunyai tetapan casis dan suspensi yang lebih sporti berbanding model standard, prestasi pengendaliannya didapati gagal untuk membuatkan pemandu uji km77 teruja.

 


Berdasarkan ujian percubaan terbaik yang dibuat, Honda Civic Type R FL5 sekadar mencapai kelajuan kemasukan tertinggi pada 74 km/j, lebih rendah berbanding kelajuan 77 km/j untuk model Civic hatchback standard.

Pemandu uji km77.com turut melakukan ujian yang sama beberapa kali dan mendapati prestasi pengendalian jentera tersebut bertambah baik mungkin sekali disebabkan oleh tahap cengkaman yang meningkat selepas tayar dipanaskan.
 

type R


Tekanan tayar hadapan juga turut direndahkan sedikit untuk mengurangkan kesan understeer, namun keputusan yang diperoleh tidak begitu memuaskan.

Ujian slalom yang dibuat juga mendapati Civic Type R menghabiskan masa 23.8 saat, atau 0.6 saat lebih perlahan jika dibandingkan dengan Audi RS3 Sportback.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Jadi, sudah pasti peminat Mazda tertanya-tanya bagaimana pula dengan prestasi Mazda CX-60 - SUV…
Berita Global
Selain itu, Vitara bukanlah dikategorikan sebagai SUV pantas, banyak lagi SUV pantas yang anda…
Berita Global
Atas kertas, prestasinya juga biasa-biasa. Versi hibrid (HEV) didatangkan dengan enjin 1.6 liter…