VIDEO: Honda sedang bina jentera lumba CR-V Hibrid Racer dengan 800 HP!

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Apabila bercakap mengenai sebuah jentera lumba, SUV bukanlah satu pilihan bagi penggemar sukan perlumbaan sama ada di Malaysia atau seluruh dunia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Baru-baru ini, Honda telah menyiarkan video menunjukkan sebuah jentera lumba yang sedang dibina menggunakan model CR-V, dan dikatakan mampu menghasilkan sehingga 800 HP!

 

2

 

Bakal debut pada 28 Februari ini, jentera yang diberi nama CR-V Hibrid Racer itu direka dan dibina oleh jurutera dari bahagian Performance Development dan Auto Development Honda, serta North America Auto Design Division.

Walaupun tiada maklumat terperinci setakat ini, beberapa gambar didedah menunjukkan jentera lumba SUV tersebut yang sarat dengan komponen gentian karbon.

 

3

 

Jelas kelihatan pada bahagian luar yang dilengkapi kit badan lebar dari gentian karbon, serta bahagian depan lengkap dengan splitter dan fender bersama liang udara yang turut diperbuat dari gentian karbon.

Tentu sekali perkara yang penting bagi jentera lumba, CR-V Hibrid Racer itu turut dilengkapi dengan sayap gentian karbon, dan pada bahagian dalam ia turut lengkap bersama roll cage serta stereng F1.

 

4

 

Tidak seperti CR-V harian anda, jentera lumba CR-V itu memilik pintu hadapan yang dibuka ke atas, manakala sebahagian pintu belakang pula boleh diangkat ke atas bersama separuh bahagian belakang.

Jika anda mendengar dengan teliti pada video tersebut, pastinya deruman enjin V6 hibrid dari model NSX dapat didengar, dan ini menguatkan sangkaan bahawa jentera lumba SUV itu bakal menggunakan tren kuasa hibrid tersebut.

 

 

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Siapa yang tidak kenal dengan SUV Honda CRV yang merupakan SUV terbesar dalam kalangan keluarga SUV…
Telah Diuji
Varian tertinggi terbaharu ini merupakan gabungan trenkuasa hibrid antara petrol dan motor elektrik…
Berita Global
Namun, bagi mereka yang memiliki pandangan yang tajam boleh membezakannya dengan melihat struktur…