VIDEO: Jentera lumba Lynk & Co 03 TCR beraksi di litar

oleh Mohamad Hanif|
Bulan yang lalu, kami pernah menyiarkan jentera rasmi perlumbaan pasukan Cyan Racing yang menggunakan khidmat daripada sedan 03 daripada Lynk & Co, sebuah syarikat gabungan daripada Geely dan Volvo.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jentera 03 TCR Cyan Racing ini bakal bertanding di kejohanan FIA WTCR 2019 dengan menampilkan pemandu Thed Björk, juara World Touring Car 2017.

Menggunakan skema warna yang sama seperti kebiasaan jentera Cyan Racing, 03 TCR ini menampilkan kit badan lebar, fender flare pada bahagian hadapan dan belakang, rim centerlock, bukaan udara kustom dan sayap jenis swan neck. 
 


Tatkala sedan 03 standard jalanan menggunakan enjin 1.5 liter turbo (148 hp), 2.0 liter (187 hp) dan enjin plug-in hybrid 1.5 liter, jentera biru ini mampu menghamburkan kuasa setinggi 350 hp dan daya kilas 420 Nm

Ketika sesi ujian yang dijalankan oleh Cyan Racing di litar sebenar, Thed Björk memuji tahap pengendalian yang ditawarkan oleh jentera 03 TCR ini. 

"Geely Group Motorsport telah melakukan kerja yang sangat baik dalam membangunkan jentera ini, dan saya tidak sabar untuk bersaing di dalam perlumbaan musim 2019," ujar beliau. 
 


Saksikan video pertama ujian sebenar jentera 03 TCR beraksi di litar lumba. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, model sedan tersebut sudah pun berada di pasaran sejak tahun 2018 lagi, dan sudah tiba…
Sukan Bermotor
Lihat sahaja jenama automotif tempatan, Proton dengan penglibatan mereka dalam sukan permotoran…