Video - Kemalangan kanak-kanak tercampak, polis kesan pemilik kenderaan terbabit

oleh Penyumbang Rencana|
Polis sedang mengesan pemandu pemilik kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Seri Petaling, di Kuala Lumpur, yang mengakibatkan seorang kanak-kanak tercampak.
NISSAN MREC Banner Campaign Mar

Polis memberitahu, setakat ini, kedua-dua pihak masih belum tampil membuat laporan polis.

Menurut kenyataan yang dikongsi di Facebook Polis KL, pihaknya juga sedang mengesan pemilik video rakaman kamera papan pemuka dari kenderaan untuk tampil membantu siasatan.

"Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang kejadian tersebut boleh menghubungi Balai Trafik Jalan Bandar di talian 03-2071999 atau mana-mana balai polis terdekat," kata kenyataan pada Rabu.

Video berdurasi 22 saat itu memaparkan sebuah motosikal dinaiki seorang lelaki bersama seorang kanak-kanak bergesel dengan sebuah kereta ketika melalui selekoh.

Akibat geselan itu, kanak-kanak terbabit tercampak di jalan raya manakala penunggang motosikal itu merempuh penghadang jalan sebelum terjatuh.

Keadaan kesemua mangsa bagaimanapun tidak dapat dipastikan.

Video di bawah ini:

 

 

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Global
Pagi Sabtu tanggal 18 Februari, sebuah Tesla Model S dilapor merempuh sebuah trak bomba yang…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata kedua-dua lelaki berkenaan ditahan di Balai Polis…
Berita Domestik
  “Saya yakin projek ini akan dapat dilaksanakan sebab kita rasa resah saban minggu berlaku…