Video kemalangan tular - Pemandu HR-V disaman polis

oleh Penyumbang Rencana|
tangkap layar dari video
Pemandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV), Honda HR-V yang menyebabkan kemalangan di Jalan 21/37, di Petaling Jaya pada 3 Mei lalu sudah dikenakan saman.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, video kemalangan berdurasi 2 minit sembilan saat yang berlaku jam 7.10 pagi, Rabu lalu membabitkan SUV tersebut dan motosikal jenis Yamaha tular di media sosial.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

 

"Kita telah menerima laporan daripada kedua-dua pihak yang terlibat dalam kemalangan itu. Kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

"Saman sudah dikeluarkan ke atas pemandu kenderaan SUV itu atas kesalahan gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya bagi mengelak sebarang kejadian kemalangan.

"Kita tidak akan berkompromi kepada mana-mana individu yang memandu secara berbahaya dan tindakan tegas akan diambil ke atas pengguna jalan raya yang melanggar undang-undang," katanya.

 

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Informasi
"Kejadian berlaku dengan pantas, sebatang besi terjatuh dari sebuah lori kemudiannya hentam enjin…
Berita Global
Tidak cukup dengan satu SUV, Honda baru-baru ini melancarkan sebuah lagi model baharu menerusi…
Berita Global
Lebih dikenali dengan nama HR-V untuk pasaran Amerika Syarikat, ZR-V 2023 JDM boleh didapati dengan…