VIDEO: Kia Soul terbang akibat langgar tayar tercabut dari trak pikap

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Bertempat di lebuh raya Los Angeles, US pada minggu lepas, satu kejadian ngeri telah berlaku melibat sebuah Kia Soul terlanggar sebiji tayar yang tercabut dari sebuah trak pikap.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Video tersebut dikongsikan oleh pemilik Tesla yang berada betul di belakang dua kenderaan terlibat kemalangan itu, dimana ia berjaya dirakamkan oleh kamera dari Tesla tersebut

 

 

Semasa kejadian, trak pikap itu dilihat telah menukar dari lorong ketiga ke lorong kedua sebelum Kia Soul yang dipandu di lorong pertama itu memotong dan terlanggar tayar tercabut dari trak pikap itu.

Impak dari pelanggaran pada kelajuan itu menyebabkan Kia Soul tersebut terbang ke udara sebelum berpusing dan mendarat dengan terbalik ke atas jalan.

 

 

Walaubagaimanapun, LAPD melaporkan bahawa pemandu dan penumpang di dalam Kia Soul itu selamat tanpa sebarang kecederaan parah.

Dalam hantaran Twitter pemilik Tesla itu juga, dia mendakwa bahawa sistem autopilot Tesla tersebut berjaya mengesan dan mengelak kesan tayar tersebut bagi mengelakkan sebarang kejadian yang lebih parah.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Bahagian depan kekal dengan lampu nipis yang merupakan identiti Soul generasi ketiga dan model…
Berita Global
  Soul bukan sebuah model baharu, generasi pertama SUV crossover kompak ini  diperkenalkan pada…
Berita Global
Menurut National Highway Traffic Safety Administration, kempen terbaharu ini melibatkan kenderaan…