VIDEO: Kisah di sebalik pembangunan rekaan Nissan Proto Z

oleh Mohamad Hanif|
Hasil kerja daripada seseorang yang sememangnya meminati industri automotif ternyata amat berbeza, dan mempunyai jiwa yang tersendiri.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Baik dari pihak pengarah rekaan eksekutif Nissan Satoru Tai, mahupun daripada pihak Ketua Unit Rekaan Global Alfonso Albaisa, kedua-duanya mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta-kereta Z malah turut menyumbang tenaga dalam menghasilkan kereta sports Nissan itu.

Laman rasmi Youtube Nissan telah menerbitkan sebuah video berdurasi 8 minit yang menerangkan kisah di sebalik rekaan kereta sports pacuan roda belakang Nissan Proto Z.

 


Di dalam video tersebut, mereka menyifatkan Proto Z sebagai sebuah model yang memiliki proporsi kereta sports yang sejati, disumbangkan oleh hud yang panjang, dek belakang yang pendek, serta posisi keempat-empat roda yang ditolak keluar.

Malah, ia masih lagi membawakan elemen DNA Z yang asal tatkala menambah sentuhan moden terhadap rekaan yang dibawakan oleh Proto Z.

Baca: Nissan Proto Z

Sedikit kisah berkenaan dua individu yang membintangi video tersebut, Satoru Tai pada asalnya mahu menjadi seorang pereka automotif disebabkan terinspirasi dengan model asal S30Z Fairlady Z, sebelum mendapat peluang untuk menyertai pasukan yang mereka bentuk Z32.

Model yang sama turut memberikan kesan kepada Alfonso Albaisa, dan dalam satu trip ke Jepun sebagai seorang pereka muda, beliau melihat hasil kerja Tai pada model Z32, sebelum menyumbangkan tenaga pada model Z33.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Generasi baharu Nissan Z itu diperlihatkan buat kali pertama menerusi model konsep Nissan Proto Z…
Berita Global
Meskipun gambar tersebut dilihat kabur (atau sengaja dikaburkan), ia menampilkan tempat duduk yang…
Berita Global
Seperti namanya, Nissan Proto Z merupakan gambaran yang paling hampir kepada versi produksi yang…