VIDEO: Lelaki ini tunjukkan cara sebenar pandu GR Yaris

oleh Mohamad Hanif|
Lahir dari dunia perlumbaan rali, Toyota GR Yaris merupakan kereta sports moden sebenar yang dihasilkan oleh divisyen Gazoo Racing dengan jumlah pengeluaran dihadkan kepada 25,000 unit sahaja untuk satu dunia.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Sebagai sebuah kereta hot hatch segmen B, GR Yaris telah menerima banyak pujian bukan sahaja daripada para pengamal media, malah ia turut menjadi pilihan sesetengah pihak untuk menjalankan projek modifikasi.

Bagi mereka yang mahu menikmati pengalaman pemanduan yang mengujakan, spesifikasi standard GR Yaris sudah lebih daripada memadai.

 


Saluran Youtube Corners.cz baru-baru ini memuat naik sebuah video berdurasi 1 minit 57 saat yang memaparkan teknik pemanduan GR Yaris di laluan berselekoh dan bersalji di kawasan pergunungan Eropah.

Dengan dimensi jarak antara roda yang pendek, dibantu dengan skill dan teknik pemanduan yang betul, GR Yaris dilihat mampu menawarkan pemanduan yang menyeronokkan seakan jentera rali sebenar walaupun ia tidaklah dipandu pada kelajuan yang tinggi.

Mengikut spesifikasi, GR Yaris dikuasakan oleh nadi tiga silinder sebaris 1.6 liter turbo G16E-GTS yang mampu menghamburkan kuasa setinggi 268 hp, dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan dan sistem pacuan semua roda GR-Four.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Terima kasih kepada penglibatan berterusan di dalam sukan permotoran, Toyota kini boleh menggunakan…
Berita Global
Walaupun baharu sahaja diperkenalkan pada tahun 2021, jangka hayat generasi kedua Toyota GR86…
Berita Domestik
“Tiada sebarang pembayaran wang tempahan dan juga tiada sebarang pembayaran deposit daripada Pekin…