Bergantung kepada bajet, anda boleh dapatkan campervan menggunakan kei-car sebagai asas, sehinggalah kepada kenderaan yang lebih besar seperti Hiace atau dengan menyewa sendiri motorhome atau kenderaan rekreasi (RV).
Untuk keselesaan, pilihan di atas adalah sesuatu yang anda patut pertimbangkan, namun tidak bagi lelaki ini.
Berdasarkan video yang diperoleh daripada saluran YouTube Koooo Drive & Camp, lelaki ini lebih gemar memilih Toyota GR86 - sebuah kereta sports 2+2 pacuan roda belakang dengan ruang dalaman yang jauh lebih sempit untuk dijadikan sebagai ruang untuk bermalam.
Dengan keadaan kabin yang tidak begitu luas, agak sukar untuk mendapatkan ruang yang selesa, namun dengan kreativiti lelaki ini mampu menyediakan ruang yang rata untuk meletakkan beg tidur serta beberapa barangan lain.
Mujur juga ruang kargo Toyota GR86 'cukup besar' untuk memuatkan barangan yang dibawa termasuklah beg penyejuk, meja kayu yang dibina sendiri, lampu LED serta tirai tingkap untuk tujuan privasi ketika bermalam.
Tak percaya? Anda boleh tonton sendiri bagaimana lelaki Jepun ini berjaya menjadikan Toyota GR86 sebagai sebuah tempat untuk bermalam di kawasan parkir kereta pada pautan di bawah.