Video: Lihat bagaimana Subaru GL Wagon Gymkhana milik Travis Pastrana dihasilkan

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Jika anda mengikuti siri terkini Gymkhana, anda pasti kenal dengan sebuah jentera Subaru GL Wagon yang digunakan oleh Travis Pastrana dalam siri video aksi aksi tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Subaru GL Wagon 1983 atau dikenali sebagai Family Huckster itu dibina khusus untuk digunakan oleh Travis Pastrana bagi melakukan aksi-aksi gila dalam siri Gymkhana.

 

1

 

Namun, nama Subaru GL Wagon itu hanya boleh dilihat pada cengkerangnya sahaja kerana selain dari itu kereta tersebut telah dibina menggunakan casis tiub WRC-spec 2022.

Nadinya pula dikuasakan enjin boxer empat silinder dipadankan dengan transmisi sekuential enam kelajuan dan sistem pacuan semua roda yang menghasilkan kuasa sehingga 862 HP.

 

3

 

Dalam video tersebut, mereka begitu teliti untuk tidak mendedahkan jenis modifikasi yang telah dilakukan pada enjin Subaru GL Wagon itu.

Permulaan video itu menunjukkan sebuah casis tiub yang sudah siap diubah suai, casis itu kemudiannya mula dipasang dengan transmisi sekuential enam kelajuan dan diikuti sistem aerodinamik aktif pada sayap belakang.

 

4

 

Seterusnya, mereka mula menunjukkan proses pemasangan enjin boxer tersebut, namun tidak ditunjukkan rupa keseluruhan enjin itu bagi mengelakkan tontonan untuk teknologi yang digunakan.

Pada pertengahan video, panel badan yang diperbuat dari karbon fiber itu mula dipasang untuk memberikan rupa asal Subaru GL Wagon bagi menyembunyikan modifikasi binaan sebenar.

 

5

 

Selain dari rupanya yang asal, mereka turut memasang replika papan pemuka yang dibuat dari acuan asal model tersebut, serta unit radio asal daripada model GL wagon 1983.

Anda boleh saksikan sendiri bagaimana proses jentera Subaru GL Wagon itu dihasilkan pada video di bawah:

 

 

Sumber: motor1.com

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Kematian Ken Block pastinya meninggalkan kesan besar terutama sekali buat para peminat yang…
Berita Global
Ken Block telah meninggal akibat insiden yang melibatkan kereta luncur salji semasa percutian…
Berita Global
Punca sebenar kematian selebriti berusia 55 tahun itu masih lagi belum jelas. Hoonigan dalam satu…