VIDEO: Mari belajar kendali GR Yaris dalam salji

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun Peugeot baru-baru ini mendakwa pasaran hot hatch kian 'mati', ia bukanlah satu petunjuk sebenar kepada segmen tersebut, dan hal ini dibuktikan sendiri dengan populariti yang ditunjukkan oleh jentera Toyota GR Yaris.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Apatah lagi hot hatch asli daripada Toyota itu hanya dihasilkan sebanyak 25,000 unit sahaja dalam dunia, dan dalam beberapa pasaran di dunia, ia sudah pun habis terjual dalam masa yang singkat.

Memiliki sebuah jentera dengan DNA rali tidak membawa makna jika anda tidak mempunyai set skill kawalan pemanduan yang diperlukan, dan untuk itu Toyota Gazoo Racing telah menerbitkan sebuah video ringkas berdurasi tiga minit 13 saat yang memaparkan kawalan pemanduan yang ditunjukkan oleh pelumba rali professional Jepun, Norihiko Katsuta.

Dalam video tersebut, Katsuta-san menerangkan serba sedikit (dalam bahasa Jepun) berkenaan kawalan kenderaan yang diperlukan dalam beberapa keadaan seperti selekoh berkelajuan tinggi, slalom, pusingan lapan, serta pemanduan bebas yang kebanyakannya dibuat atas jalan yang bersalji.

Untuk pasaran Jepun, Toyota GR Yaris didatangkan dengan enjin tiga silinder sebaris 1.6 liter turbo, dengan angka output 272 PS dan 370 Nm, sistem transmisi manual dan pacuan semua roda GR-Four.

 

*pastikan subtitle ON, dan pilih Auto-Translate ke English

Berita Berkenaan

Berita Global
Mungkin tidak ramai yang tahu, Toyota juga sebelum ini pernah menawarkan sedan pantas Mark X GRMN,…
Berita Global
  GR Circuit Edition kembali ditawarkan setahun lagi dan dalam warna Blue Flame selain Ice Cap…
Berita Global
Seperti contoh, bekas presiden Gazoo Racing Koji Sato yang juga pemilik sebuah AE86 mempunyai…