VIDEO: myTukar - Jual kereta dan dapat bayaran pada hari yang sama! 

oleh HEZERI SAMSURI|
Ramai yang hendak membeli kenderaan baharu bagi menggantikan kereta lama.

Dengan ratusan iklan kenderaan baharu dan artikel-artikel mengenai pelancaran model-model terkini, memang semangat untuk menukar kenderaan itu meruap-ruap.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sayangnya satu masalah yang sering dihadapi ialah proses untuk "melupuskan" kenderaan lama kita.

Selama ini kita ada beberapa cara tradisional untuk itu. Antara yang paling lazim ialah:

Trade In

  • Ini cara paling mudah tetapi dalam keadaan semasa, banyak syarikat kenderaan yang tidak mahu melakukan Trade In atau tukar beli kerana pasaran kenderaan terpakai yang lemah untuk beberapa jenis kenderaan.
  • Jika ada pun, nilai yang ditawarkan oleh syarikat kenderaan jauh lebih rendah dari harga semasa dan ini merugikan.

 

claissfieds

 

Jual di ruang iklan 

  • Kita sudah ada platform pengiklanan atas talian di mana kita muat naik gambar-gambar kenderaan kita dan spesifikasi serta harganya.
  • Ruangan "classifieds" ini memang berkesan, cuma dua masalah yang sering dihadapi ialah harga yang ditawarkan rendah kerana yang yang hendak membeli ialah syarikat kereta terpakai sendiri. 
  • Masalah kedua ialah jika ada yang hendak membeli, proses pertukaran nama, pembayaran baki pinjaman dan pemeriksaan kenderaan memerlukan masa dan sering kedua-dua pihak tidak mahu melakukannya.

Melihat pada masalah itu, syarikat tempatan myTUKAR hadir dengan penyelesaian yang menguntungkan kedua-dua pihak.

 

 

myTukar menggunakan aplikasi atas talian untuk "menjual" kenderaan lama anda kepada lebih dari 1,200 syarikat kenderaan terpakai di seluruh negara.

Kesemua syarikat itu akan membida harga yang mereka berani dan bidaan tertinggi akan ditawarkan kepada pemilik kenderaan itu.

Untuk mengetahui lebih lanjut, team Careta turun berjumpa dengan duta myTukar, Leona Chin dan juga pengurusan myTukar di ibupejabat mereka di Glenmarie.

 

 

Menurut myTukar, proses ini mempercepatkan peluang kenderaan lama anda dibeli. 

"Selalunya, ia mengambil masa antara sehari ke dua hari sebelum anda menerima bidaan dari syarikat kenderaan terpakai di dalam sistem myTukar," ujar Ernest Chin, Pegawai Kanan Pemasaran bagi myTukar.

Jadi bagaimana anda boleh menjual kenderaan lama anda itu?

  • Pergi ke laman web myTukar di www.mytukar.com
  • Isikan butiran kenderaan anda dan pilih hari untuk anda melawat pusat pemeriksaan kenderaan myTukar (mereka berada di tiga lokasi sekarang - Glenmarie, Puchong dan Cheras).

 

 

  • Pandu kenderaan anda pada masa yang telah dipersetujui dan jangan lupa bawa geran pemilikan kenderaan sekali.
  • Kenderaan anda akan melalui pemeriksaan 180 mata oleh juruaudit teknikal berpengalaman myTukar.
  • Balik dan tunggu bidaan tertinggi untuk kenderaan anda.

 

 

  • Anda perlu bersetuju dengan bidaan itu dalam masa 24 jam.
  • Selepas itu, anda perlu ke pusat pemeriksaan kenderaan myTukar sekali lagi untuk menyerahkan kenderaan dan membuat proses penukaran hak milik (di pejabat myTukar).
  • Syarikat myTukar akan membayar anda harga kenderaan tersebut pada hari yang sama juga.
  • Bila bayaran sudah dilakukan, anda boleh terus pergi membeli kenderaan baharu anda! 

Untuk mereka yang mahu melihat sendiri prosesnya, cuba lihat video di bawah:

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penamaan semula ini akan menyaksikan 'Carro' digabungkan merentasi rangkaian produk dan…
Berita Domestik
Acara tersebut bukan sahaja menawarkan servis jualan sahaja, pengunjung turut berpeluang menikmati…
Berita Domestik
Permulaan parodi drama tersebut dengan kisah drama keluarga Korea Makjang tentang cinta sebenar…