VIDEO: Pemandu lori disyaki mabuk, pandu lawan arus dan rempuh dua kereta

oleh Penyumbang Rencana|
Tindakan seorang pemandu lori pengangkut pasir membawa kenderaan berat secara melawan arus mengundang padah apabila melanggar dua kereta dalam kejadian di Kilometer 5.5 Lebuh Raya Linkedua berhampiran susur keluar ke Pelabuhan Tanjung Pelepas di Iskandar Puteri hari ini (Selasa).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Dalam kejadian pada pukul 4.30 petang itu, pemandu yang berusia 41 tahun itu disyaki memandu lori berkenaan dalam keadaan mabuk.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung sebuah video yang tular sebelum sepasukan anggota polis dihantar ke lokasi kemalangan.

“Siasatan awal mendapati lori yang dipandu seorang lelaki disyaki di bawah pengaruh alkohol dikatakan dalam perjalanan dari arah Kulai menuju ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.

“Apabila sampai kawasan rehat dan rawat (R&R) Gelang Patah menghala ke selatan, pemandu berkenaan telah terlepas susur keluar untuk ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.

“Lelaki itu bertindak memandu secara melawan arus untuk memasuki susur berkenaan bertembung dengan dua buah kenderaan lain iaitu sebuah kereta jenis Mercedes Benz dan Nissan Almera,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Rahmat berkata, akibat perlanggaran itu pemandu kereta Mercedes Benz dipercayai warga Singapura mengalami kecederaan pada leher dan kaki.

Katanya, mangsa dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk rawatan lanjut.

Ujarnya, suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Video di bawah:

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Rang Undang-undang Rumah “House Bill” 393, pemandu mabuk yang disabitkan dengan pembunuhan…
Berita Domestik
  Mahkamah juga mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara lima bulan sekiranya dia gagal…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dollah berkata, semasa mangsa sedang…