VIDEO: Rahsia di sebalik keselesaan kabin Elva tanpa kehadiran windscreen

oleh Mohamad Hanif|
McLaren Elva merupakan penawaran terkini McLaren ke dalam keluarga Ultimate Series yang sebelum ini disertai oleh McLaren F1, McLaren P1, McLaren Senna dan juga model Speedtail.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Rekaannya banyak diinspirasikan daripada jentera McLaren Elva M1A yang wujud pada era 1960-an, menampilkan rekaan tanpa bumbung dan juga cermin pelindung angin (windscreen).

 


Jadi, secara teorinya, anda tidak mempunyai sebarang perlindungan langsung terhadap rintangan angin ketika kelajuan tinggi.

Namun, terima kasih kepada kejuruteraan aerodinamik pintar yang digelar sebagai Active Air Management System (AAMS), rambut anda tidak akan mengerbang walaupun berada di kelajuan 110 km/j!

 


Sistem AAMS ini menggunakan komponen deflektor karbon mudah alih yang mampu mengalirkan udara berkelajuan tinggi dari hidung Elva ke arah belakang dengan mencipta sebuah 'gelembung aerodinamik' yang 'melindungi' pemandu dan penumpang, seterusnya menjadikan ruang kabin lebih selesa tanpa gangguan aliran udara itu tadi.

Sistem ini akan diaktifkan saat McLaren Elva memasuki ruang kelajuan yang tinggi, dan sekiranya anda tidak memerlukan sistem ini, ia boleh dimatikan supaya udara itu tadi disalurkan bagi menyejukkan ruangan enjin.

 


McLaren Elva didatangkan dengan nadi bentangan V8 4.0 liter dengan kuasa 804 hp yang jauh lebih tinggi berbanding 720S.

Dengan berat bersih sekitar 1,198 kg sahaja terima kasih kepada casis gentian karbon, McLaren Elva mampu mencapai kepantasan pecutan 0-100 km/j bawah tiga saat dan 0-200 km/j dalam 6.7 saat sahaja.

Seperti kenderaan Ultimate Series McLaren yang lain, McLaren Elva hanya akan dihasilkan dalam unit terhad, iaitu 399 unit sahaja, dengan harga jualan bermula dari $1,690,000 (RM7 juta mengikut kadar pertukaran mata wang semasa).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun bagi mereka yang merasakan pelik dengan konfigurasi tersebut kini boleh menempah McLaren Elva…
Berita Global
Dengan pengenalan McLaren Elva, supercar tanpa bumbung dan cermin hadapan ini merupakan penawaran…