VIDEO: Subaru XV tawan laluan off-road Devil's Hot Tub Moab

oleh Mohamad Hanif|
Subaru XV merupakan sebuah kenderaan crossover yang menggunakan asas daripada Subaru Impreza hatchback, namun diberikan penampilan yang lebih agresif seperti suspensi ditinggikan, dan rim aluminium yang unik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebelum ini, kami pernah berkongsi pengalaman menawan laluan off-road ringan menggunakan Subaru XV dan Forester, namun bagaimana pula dengan laluan yang lebih mencabar?

Seorang pemilik Subaru Crosstek (nama lain XV di pasaran US) baru-baru ini berkongsikan pengalaman menawan laluan off-road yang paling mencabar di Moab, Utah, Amerika Syarikat.

Modifikasi yang dilakukan oleh pemilik Crosstek tersebut tidaklah terlalu 'hardcore', seperti menukarkan sistem suspensi yang lebih tinggi, tayar Toyo Open Country AT3, serta bampar depan yang lebih agresif untuk sudut pendekatan yang lebih baik.

Namun unit trenkuasa masih lagi kekal standard dengan enjin FB20B 2.0 liter yang mampu menjana 148 hp dan 196 Nm, serta transmisi CVT!

Biarpun masih kekal dengan transmisi CVT, ia tidak menghalang pemilik tersebut daripada mencuba sendiri laluan Devil's Hot Tub yang sangat mencabar di Moab itu.

Video penuh boleh ditonton pada pautan Youtube di bawah:

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Dikategorikan dalam segmen SUV mewah saiz pertengahan, Jaecoo J8 membawakan ukuran dimensi…
Berita Global
Difahamkan, terdapat sehingga empat model pameran yang akan dibawakan di dewan Makuhari Messe pada…
Berita Global
Ya, ia SUV sama yang anda lihat pada artikel yang kami telah muat naik beberapa hari lepas, di mana…