Video: Tak Gitu - Video kolaborasi pertama tiga laman web automotif utama Malaysia

oleh HEZERI SAMSURI|
Sempena Hari Malaysia, tiga laman web automotif utama Malaysia bergabung untuk menghasilkan sebuah video yang berkaitan dengan kehidupan muhibbah antara rakyat Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Gabungan portal Automachi yang berbahasa Mandarin dan Careta serta Mekanika, dua portal Bahasa Malaysia paling popular dilihat sesuai untuk menyampaikan mesej yang dibawakan.

Ketiga-tiga portal ini berkongsi sumber pemasaran di bawah payung Drive 2 Digital, yang memberikan pakej nilai lebih baik kepada pelanggan-pelanggannya. 

Barisan pelakon pula ialah terdiri dari teraju-teraju utama ketiga-tiga portal tersebut. Mereka adalah Dannis Tan, Pengarah Urusan Automachi, Irwan Asri Mohd Nor, Pengarah Urusan Mekanika, Salina Jalil, Pengurus Pemasaran dan Editor Careta serta Hezeri Samsuri, Pengarang Urusan Careta.

Pemandu rally negara, Magendran Arunasalam turut sama membintangi video sepanjang 3 minit 38 saat ini.

Produksi video ini dilakukan oleh DopeFilm Productions yang terdiri dari Hafiz Hashim dan Naqiuddin Ahmad (Naqi juga turut menyumbangkan suaranya). DopeFilm adalah rakan produksi Careta untuk banyak video-video terbitan portal itu.

Continental Tyre Malaysia pula menjadi penaja utama video yang membawa tajuk Tak Gitu?

Semoga anda terhibur dan semoga mesej yang hendak disampaikan itu terkesan di jiwa kita semua.

Saksikan video penuh Tak Gitu di bawah ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Iklan itu dipertontonkan di Facebook dan ia berkisar sebuah konvoi trak pikap Hilux yang dipandu…
Berita Domestik
  "Catatan pada video itu dilihat palsu dan boleh menimbulkan kegusaran serta salah faham dalam…
Informasi
  "Hasil semakan dijalankan mendapati video tersebut tidak benar dan tiada sebarang tunggakan…