VIDEO: Tank Turn & Tank Steer benarkan Rivian R1T berpusing macam kereta kebal!

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada ciri yang menjadikan trak pikap Rivian R1T lebih praktikal berbanding trak pikap konvensional, konfigurasi pacuan yang ada pada trak pikap ini juga membolehkan anda membuat pemanduan yang unik.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Terima kasih kepada penggunaan empat motor elektrik berasingan pada setiap roda, Rivian R1T kini boleh 'berpusing setempat' seakan-akan sebuah kereta kebal, dan ciri ini dinamakan sebagai 'Tank Turn' dan 'Tank Steer'.

Pendaftaran hak tanda dagangan nama Tank Turn dan Tank Steer telah dibuat di Pejabat Pendaftaran Hak Tanda Dagangan dan Paten Amerika Syarikat pada 24 Oktober, tahun lalu. 

Menurut laporan, ciri ini hanya dibolehkan berfungsi di laluan gravel dan off-road untuk memastikan jangka hayat motor elektrik terjamin, terutama sekiranya pemandu gatal tangan untuk melakukannya di atas jalan raya biasa. 

Namun, jika diperhatikan pada kuasa yang bakal dihamburkan daripada empat unit motor elektrik pada Rivian R1T ini, tidak menghairankan jika ada pihak yang mahu mencuba ciri ini di atas jalan tar.

Mungkin juga ciri ini bakal dimuatkan sama pada trak pikap elektrik Ford, memandangkan Ford juga turut mempunyai pegangan saham di dalam syarikat Rivian.

Saksikan video di bawah untuk melihat bagaimana trak pikap Rivian R1T berpusing umpama sebuah kereta kebal. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Berita Global
Akan tetapi, usah terkejut apabila jenaka kotak gear Fast Furious itu ternyata bakal menjadi satu…
Berita Global
Selepas berjaya menghasilkan unit penambah jarak rotari dengan rekaan rotor tunggal 8C pada Mazda…