Video: Tips memandu laju di dalam kenderaan dengan titik graviti tinggi

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

SUV dan trak pikap kini merupakan pilihan yang paling tinggi permintaannya di dalam dan luar negara, dan tidak menghairankan apabila terdapat varian berprestasi tinggi yang ditawarkan oleh pengeluar. 

Untuk memandu laju SUV dan trak pikap ini tidaklah begitu sukar di jalan yang lurus, namun ia menjadi sukar ketika anda sedang mengendalikan kenderaan tersebut di selekoh atau melakukan pergerakan agresif di saat kecemasan. 

Titik graviti yang tinggi pada kenderaan jenis ini lebih memudahkan ia untuk bergolek atau roll-over jika dibandingkan dengan kereta sports atau sedan keluarga. 

Namun usah risau, ini kerana walaupun kenderaan sebegini mempunyai titik graviti yang tinggi, tidak bermakna anda tidak boleh mengawalnya. 
 

masih ingat Vaughn Gittin Jr memandu F-150 Raptor di Litar Nurburgring?

Sekolah Rally Pasukan O'Neil di YouTube telah menerbitkan sebuah video panduan menerangkan beberapa faktor penting dalam usaha untuk mengawal kenderaan anda ketika pemanduan berkelajuan tinggi. 

Dua faktor utama yang ditekankan ialah sistem suspensi dan spesifikasi tayar yang digunakan. 

Sistem suspensi yang lembut akan lebih memudahkan kenderaan anda untuk roll-over, sama juga halnya dengan penggunaan tayar. 

Pemantauan terhadap tahap kelicinan permukaan jalan juga amat penting, di mana jalan yang licin dan tidak mencengkam biasanya kurang risiko untuk kenderaan bergolek, jika dibandingkan dengan lumpur atau asfalt.

Selain daripada perkara yang disebutkan diatas, perkara wajib yang perlu anda pegang sampai bila-bila ialah tidak memandu melebihi keupayaan diri sendiri dan juga kenderaan. 

Tonton video di bawah untuk mempelajari tips-tips yang bagus bagaimana untuk mengawal pemanduan di dalam sebuah kenderaan bertitik graviti yang tinggi. 

 

Sumber: Team O'Neil Rally School

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, sepanjang tempoh itu juga, pihaknya turut mengesan sebanyak 16,142 kes memandu melebihi…
Berita Domestik
Operasi dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman bersama Jabatan…
Berita Domestik
Bagi kebanyakan pihak terutamanya pihak berkuasa seperti polis, pelbagai inisiatif yang telah…