VIDEO: Toyota Century 'mengaum' macam jentera F1!

oleh Mohamad Hanif|
Toyota Century yang dipaparkan pada artikel kali ini merupakan generasi kedua sedan bersaiz penuh yang dihasilkan bermula tahun 1997 sehingga 2017 (lama tu!).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Apa yang uniknya pada generasi kedua ini adalah penggunaan satu-satunya nadi bentangan V12 aspirasi natural yang dihasilkan oleh Toyota, berbanding nadi V8 pada generasi pertama. 

Nadi V12 1GZ-FE ini mampu menjana 276 kuasa kuda ketika mula-mula meninggalkan kilang dengan sistem kotak gear automatik empat kelajuan (ya, 4 speed!) sebelum digantikan dengan transmisi automatik lima nisbah kelajuan pada tahun 2005.

Untuk menjadikan Century ini lain dari yang lain, pemiliknya telah mendapatkan khidmat pakar ekzos Brilliant Exhaust dengan sistem perpaipan baharu berharga $18,000 (RM75,483). 

Hasilnya, sebuah Century dengan runut bunyi yang menghampiri karakteristik sebuah jentera F1, atau pada sesetengah orang ia seakan-akan sebuah Lexus LF-A yang sedang bergerak pantas. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Forbes yang memetik kata-kata eksekutif Toyota, syarikat itu sedang merancang untuk…
Berita Global
Tidak seperti model-model kereta penumpang Toyota yang lain, Century SUV ini dikategorikan di dalam…
Berita Global
Semasa membentangkan fakta berkenaan model baharu Alphard dan Vellfire tempoh hari, Ketua Pegawai…