VIDEO: Toyota GR Supra kalahkan rekod BMW M2 Competition di Nurburgring!

oleh Mohamad Hanif|
Toyota sebenarnya sudah pun lama menguji prestasi jentera kereta sports Toyota GR Supra di Litar Nurburgring, namun pengeluar Jepun itu tidak pernah menerbitkan catatan rasmi untuk tatapan umum.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, bersempena dengan Hot Lap Supertest yang dianjurkan oleh sebuah penerbitan Jerman, Sport Auto, ia merupakan kali pertama kita semua dapat melihat bagaimana pantasnya jentera tersebut di Litar Nurburgring. 

Harus anda ingat, S dalam perkataan Supra sebenarnya merujuk kepada salah sebuah selekoh yang terdapat di Litar Nurburgring itu sendiri!

Dengan pemanduan dilakukan oleh pemandu uji Christian Gebhardt, Toyota GR Supra berjaya mencatatkan masa 7 minit 52.17 saat, lebih pantas berbanding sepupu tidak rapatnya BMW M2 Competition (7:52.36).

Supra juga sebenarnya lebih pantas jika dibandingkan dengan saudaranya BMW Z4 M40i yang sekadar mencatatkan 7:55 di litar yang sama. 

Sejak awal tahun Toyota GR Supra diuji, dan menurut Tetsuya Tada, ketua jurutera pembangunan Supra berkata, dengan masa yang mencukupi, Toyota GR Supra sebenarnya mampu mencatatkan masa 7:40. 

Akan tetapi, entah kenapa sehingga ke hari ini tiada sebarang catatan masa rasmi diterbitkan. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Laman media sosial litar Neraka Hijau Nurburgring Ahad lalu telah memuat naik sekeping gambar yang…
Berita Global
Model pra-produksi Taycan yang bakal dilancarkan kelak itu kini merupakan model elektrik Porsche…
Berita Global
Ini kerana pengeluar kereta elektrik dari Croatia, Rimac telah berjaya memecahkan rekod pusingan…