VIDEO: Tunggang Uji Yamaha YZF-R15M

oleh Mohamad Hanif|
Mungkin ada dikalangan pembaca yang tidak tahu, Hong Leong Yamaha Motor sebelum ini telah pun melancarkan superbike aras mula Yamaha YZF-R15M untuk pasaran tempatan tahun lepas.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Versi baharu R15 (atau lebih dikenali R15 Versi 4.0) itu didatangkan dengan nadi silinder tunggal bersesaran 155 cc sejukan cecair dan teknologi Variable Valve Actuation (VVA) yang mampu menjana kuasa setinggi 18.3 hp @ 10,000 rpm dan daya kilas 14.2 Nm @ 7,500 rpm.
 

R15M


Sistem transmisi pula adalah jenis enam kelajuan dengan bantuan klac slip & assist.

Ciri menarik yang anda boleh dapatkan pada R15M ini termasuklah fungsi kawalan cengkaman, sistem brek ABS dua saluran, ciri penukaran gear pantas (quickshifter), suis pemati enjin, penyerap hentak hadapan KYB, serta rekaan yang lebih agresif.
 

R15M


Yamaha YZF-R15M juga merupakan sebuah motosikal yang boleh dihubungkan kepada aplikasi mudah alih Y-Connect, dengan dua mod skrin paparan yang boleh dipilih iaitu Track & Street.

Lebih menarik apabila ciri keselamatan yang dimuatkan pada R15M ini melayakkannya mendapat penarafan lima bintang di bawah program penilaian motosikal MyMAP oleh MIROS.

Video tunggang uji jentera aras mula ini boleh ditonton pada pautan di bawah:

 

Berita Berkenaan

Tunggang Uji
Lawatan Careta ke India baru-baru ini turut meliputi aktiviti tunggang uji motosikal Bajaj Dominar…