Katanya, seorang lelaki berusia 24 tahun bekerja sebagai penyelia stesen minyak memaklumkan, kejadian tersebut berlaku pada pukul 7.50 petang.
“Wanita tersebut tiba di lokasi menaiki sebuah kereta sebelum meletakkannya di belakang kenderaan lain. Tindakan itu menyebabkan kenderaan lain gagal untuk keluar.
“Pada masa sama, pelanggan lain di lokasi meminta wanita tersebut mengalihkan kenderaanya namun dimarahi,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Jelas beliau, ekoran itu berlaku kekecohan antara wanita tersebut dengan pelanggan stesen minyak.
“Wanita tersebut bertindak menyerang pelanggan dengan menggunakan sebatang buluh tetapi berjaya dihalang orang awam,” katanya.
Jelasnya, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.