Antara yang menjadi pilihan ramai, tentu sekali dari jenama kegilaan kebanyakan rakyat Malaysia, iaitu Yamaha Xmax 250.
Pada Oktober tahun lalu, generasi terbaharu skuter maxi tersebut, Yamaha Xmax 250 2023 telah diperkenalkan secara global, dimana ia didatangkan dengan naik taraf baharu.
Sudah tentu ramai peminatnya di Malaysia yang tidak sabar dengan kehadiran model baharu tersebut.
Baru-baru ini, model Yamaha Xmax 250 2023 telah dikesan sedang diuji di jalan raya Malaysia, melalui perkongsian video TikTok yang tular di media sosial.
Melalui video yang dikongsikan oleh Norman Tumin, dua model skuter tersebut dilihat sedang menjalani ujian jalan raya.
@normantuminphotographer Siap tahu model apa motor ni??? Fuhhh garang ooo
♬ bunyi asal - Norman Tumin
Didatangkan dengan rekaan panel badan serba baharu, bahagian depan Xmax 250 2023 kini menampilkan rupa lampu berbentuk 'X' di depan.
Rekaan panel sisi juga telah dikemas kini bagi meningkatkan perlindungan kepada penunggang, bersama penghadang angin yang kini boleh dilaras, seperti kebanyakan skuter jenama lain.
Untuk pasaran Malaysia, Xmax 2023 mungkin hanya akan ditawarkan dengan versi Tech Max, dimana ia dilengkapi dengan skrin TFT 4.2 inci yang menawarkan fungsi navigasi Garmin, sama seperti yang ditawarkan pada model Tmax Tech Max.
Dari segi kuasa, Xmax 2023 masih dikuasakan oleh enjin 250 cc Blue Core yang menghasilkan 22.5 HP dan 24.3 Nm.
Sumber: Moto Malaya