Vietnam batal F1 tahun ini; tak pasti untuk tahun hadapan

oleh HEZERI SAMSURI|
Pusingan Formula Satu 2020 di Vietnam telah dibatalkan dan tidak ada sebarang pengumuman untuk perlumbaan yang sama tahun hadapan.

Grand Prix Hanoi sepatutnya berlangsung pada April lalu, tetapi ditunda selepas Shanghai dan Melbourne membatalkan perlumbaan mereka kerana coronavirus.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Tahun 2020 sepatutnya menjadi tahun pertama negara komunis itu menganjurkan perlumbaan Formula Satu.

Pada 2019 yang lalu, Vietnam menandatangani kontrak 10-tahun sebagai penganjur perlumbaan berprestij itu dengan kos sebanyak RM249 juta untuk setiap perlumbaan (dibayar penuh oleh konglomerat besar negara itu, VinGroup).

Perlumbaan pertama Formula Satu di Hanoi bakal menjadi perlumbaan jalanan di waktu malam (seperti pusingan di Singapura) sepanjang 5.565 km.

Vietnam juga tidak dapat memberi keputusan samada ia akan menganjurkan sukan itu tahun hadapan.


 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Audi turut telah mengesahkan bahawa Andreas Seidl dilantik sebagai bos pasukan baharu mereka untuk…
Berita Global
Kehebatan kejuruteraan pasukan itu tidak dapat dinafikan lagi dan kali ini Red Bull bakal…
Sukan Bermotor
Lebih mengejutkan, bintang F1 itu juga diumumkan akan bersama pasukan Scuderia Ferrari pada tahun…