Vietnam dinobatkan sebagai 'raja' motosikal di Asia Tenggara

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Firma Seasia Statistik yang berpangkalan di Jakarta menyiarkan data yang menunjukkan 72.8 peratus rakyat Vietnam menggunakan motosikal, lapor portal berita tuoi tre news pada Ahad.

Ia sekali gus menjadikan Vietnam juara di kalangan negara-negara Asia Tenggara dari segi bilangan pengguna motosikal.

Menurut laporan Seasia, populariti motosikal di Vietnam boleh dikaitkan dengan kos penggunaannya yang rendah, fleksibiliti dan cekap tenaga.

Laporan itu juga menekankan penguasaan motosikal di Vietnam berbanding negara Asia Tenggara yang lain.

Dalam pada itu, di Singapura, jumlah penggunaan motosikal menjunam kepada 2.4 peratus.

Tempat kedua adalah Brunei dengan kadar penggunaan motosikal ialah 67.2 peratus.

Malaysia menduduki tempat ketiga dengan kadar penggunaan motosikal sebanyak 45.3 peratus, diikuti dengan Indonesia dan di tempat kelima adalah Thailand.

Seasia mengaitkan penggunaan motosikal yang meluas di Vietnam ekoran kemampuan penduduknya, baik dari segi harga dan kos penyelenggaraan yang berterusan, berbanding kereta. 

 

statistik

Berita Berkenaan

Berita Global
Kenaikan itu menjadikan harga RON95 dan diesel di negara hab pembuatan itu, masing-masing meningkat…
Berita Global
Barisan kenderaan termasuk motosikal dan kereta dilaporkan beratur panjang dengan masa menunggu…
Berita Global
Lembaga pengurusan tersebut memetik kebimbangan keselamatan kebakaran yang memiliki kaitan dengan…