Menariknya, Vietnam bakal menjadi negara ASEAN pertama yang menerima kehadiran model tersebut menerusi acara pameran Vietnam Motor Show 2022 yang bakal dianjurkan pada 26 hingga 30 Oktober ini, selepas dua tahun ditangguhkan akibat COVID-19.
Unit yang diimport sepenuhnya dari Jepun itu bakal ditawarkan dengan lima pilihan warna, dengan harga jualan bermula bawah 2 bilion dong (RM381,451).
Berbanding Civic Type R FK8 yang dipasang di kilang Honda Swindon, UK, generasi ketujuh Civic Type R FL5 ini dipasang secara rasmi di kilang Honda di Jepun, memandangkan fasiliti Swindon itu telah pun ditutup sepenuhnya pada tahun lepas disebabkan oleh penstrukturan semula produksi global Honda.
Ini bermakna, Honda Civic Type R FL5 menjadi model Civic Type R yang pertama dipasang di Jepun untuk dieksport ke pasaran global.
Kali terakhir Honda memasang Civic Type R di negara matahari terbit adalah model Civic FD2R, namun model sedan pantas itu tidaklah dieskport untuk pasaran global.
Selain dipasarkan di negara Jepun, satu-satunya negara di luar yang melancarkan Civic Type R FD2 secara rasmi ialah Malaysia!
Baca: Honda Civic Type R FL5 JDM lebih berkuasa daripada model USDM
Baca: Honda Civic Type R FL5 akan dipasang di Jepun, bukan Amerika Syarikat
Sumber: Autopro