Vin Diesel jadi ejen pengintip dalam iklan skuter elektrik China Yadea

oleh Mohamad Hanif|
Mamat botak Vin Diesel yang kerap kali membintangi filem aksi Fast & Furious nampaknya tidak lagi memegang watak sebagai pemandu pantas semata-mata.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ini kerana, dalam satu 'filem' terbaharu beliau dilihat memegang watak sebagai seorang spy yang cuba untuk menyelesaikan misi dan melarikan diri dengan hanya menggunakan sebuah skuter. 

Skuter yang dimaksudkan adalah model Yadea G5 yang dihasilkan oleh syarikat kenderaan elektrik dari China, dan difahamkan Yadea mengeksport produk mereka ke seluruh dunia, termasuklah Asia, Eropah dan Amerika Syarikat. 

 


Yadea G5 tidaklah memiliki kuasa sehebat kenderaan tipikal Vin Diesel dalam filem yang kalis peluru dan kalis nyawa itu, akan tetapi ia membawakan motor elektrik berkuasa 2.3 kW dan pek bateri 1.56 kWh yang membenarkan jarak operasi sejauh 60 km sahaja. 

Manakala model Yadea G5 Pro pula hadir dengan motor elektrik berkuasa 3.1 kW serta pek bateri berkembar 1.9 kWh setiap satu yang membolehkan skuter ini berjalan sejauh 130 km untuk sekali caj penuh.