Vin Diesel umum tajuk filem Fast Furious ke-10: FAST X

oleh Mohamad Hanif|
Nampaknya, filem kesepuluh francais Fast & Furious sudah pun mendapat tajuk rasmi: FAST X.

Ia diumumkan sendiri oleh pelakon asal filem yang juga merangkap produser, Vin Diesel menerusi akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

Malah, kapsyen "Day 1" pada hantaran di akaun media sosial itu turut memberikan petanda bahawa produksi filem tersebut sudah pun bermula, di mana ia bakal ditayangkan secara rasmi pada tahun 2023.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Vin Diesel (@vindiesel)


Sebelum ini, Vin Diesel mengumumkan kehadiran pelakon handalan seperti Jason Momoa (Aquaman), Daniela Melchior (Ratrachter) dan Brie Larson (Captain Marvel) menyertai keluarga Fast & Furious.

Filem Fast X merupakan bahagian pertama bagi filem terakhir francais tersebut yang bakal ditayangkan pada 19 Mei, 2023.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Vin Diesel (@vindiesel)

Berita Berkenaan

Berita Global
Lin yang sebelum ini mengarahkan lima buah filem Fast & Furious memberikan alasan 'perbezaan…