VinFast bakal serang pasaran Indonesia!

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat kenderaan nasional Vietnam, VinFast kini berhasrat untuk memasuki pasaran automotif negara jiran, Indonesia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan terkini daripada Detik, kehadiran jenama Vietnam itu diperkuatkan lagi dengan dokumen yang terdaftar di dalam Pengkalan Data Kekayaan Intelektual Kemenkumham Republik Indonesia dengan tiga buah model - SUV VinFast Lux SA2.0, sedan mewah Lux A2.0 dan sebuah model berkuasa elektrik VF e35.

Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, kedua-dua model SUV dan sedan mewah VinFast Lux SA2.0 dan Lux A2.0 menggunakan asas daripada model BMW X5 dan sedan 5-Series, dengan enjin 2.0 liter turbo yang mampu menghasilkan 231 PS dan 350 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan.
 

VF


Sementara model VinFast e35 (Gambar utama) pula merupakan sebuah nama rasmi bagi model konsep VF32 yang diperlihatkan sebelum ini, dengan penawaran trenkuasa elektrik 201 hp/320 Nm, atau versi motor elektrik berkembar yang mampu menjana 401 hp dan 640 Nm, dan jarak pemanduan sejauh 504 km.

VinFast e35 ini dijangka pelancaran rasminya pada September ini di Vietnam.
 

VF


Berdasarkan senarai kenderaan yang disebutkan tadi, jelaslah bahawa kehadiran VinFast di pasaran tersebut bukanlah untuk melawan penguasaan jenama-jenama Jepun seperti Toyota, Daihatsu dan juga Mitsubishi.

Selepas Indonesia, pasaran manakah yang bakal ditembusi oleh jenama ini nanti?


VinFast Lux A2.0

 

VinFast Lux SA2.0

 

VinFast e35

 

Sumber: Detik

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Syamsul, pemandunya memakai baju VinFast dan kereta itu menggunakan plet pendaftaran…
Berita Global
Jumlah itu cukup besar dan masalahnya ialah kekurangan stesen pengecasan untuk EV tersebut. Buat…
Berita Global
Walaupun pada acara IIMS 2024 tersebut, Vinfast tayangkan lima buah model EVnya, iaitu model VFe34…