VinFast beli fasiliti Lang Lang Proving Ground dari Holden

oleh Mohamad Hanif|
Untuk sebuah syarikat automotif yang baharu berusia tidak sampai tiga tahun, perkembangan dan pencapaian mereka boleh dikatakan cukup pantas.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Hanya pada tahun lalu, mereka telah memulakan fasa produksi bagi model sedan LUX A2.0 (BMW 5-Series), SUV LUX SA2.0 (BMW X5) dan sebuah kereta bandar Fadil (Opel Karl).

Namun, baru-baru ini VinFast bertindak lebih pantas dengan membeli fasiliti landasan ujian yang dikenali sebagai Lang Lang Proving Ground terletak di Victoria, Australia.

Fasiliti tersebut sebelum ini dimiliki oleh Holden, dan dengan keluasan sekitar 8.7 juta meter persegi, dan menawarkan jalan ujian berturap dan tidak berturap sejauh 44 kilometer, skid pan berdiameter 100 meter dan litar berbentuk bulatan sejauh 4.7 kilometer.
 


Lang Lang Proving Ground merupakan antara pusat pengujian yang tertua di dunia, dan salah satu pusat termoden setelah dinaiktaraf pada tahun 2018 dan kini mempunyai makmal pengujian pelepasan emisi yang dikatakan memiliki standard bertaraf dunia.

VinFast tidak mendedahkan harga pembelian sebenar bagi fasiliti litar ujian tersebut, namun sebagai sebahagian daripada perjanjian pembelian, GM Specialty Vehicle (GMSV) akan terus mendapat akses kepada fasiliti tersebut bagi pengujian dan pengesahan teknologi kejuruteraan kenderaan mereka.

Sebelum ini, VinFast memasuki pasaran Australia bagi 'menggantikan' peranan Holden selain memburu ratusan bekas jurutera Holden untuk mengisi jawatan di dalam pusat kejuruteraan VinFast Engineering yang terletak di Melbourne.

Berita Berkenaan

Berita Global
Dari segi jualan setakat ini, VinFast hanya mencatatkan 11,300 unit jualan, dengan 7,000 unit…
Berita Global
Menurut CEO VinFast, Thuy Le semasa Persidangan Perniagaan dan Pelaburan Asean di Jakarta minggu…
Berita Global
Menurut laporan Automotive News, sepanjang tempoh Januari hingga Mei tahun ini, pengeluar automotif…