VinFast, CATL jalin kerjasama strategik, promosi e-mobiliti di peringkat global

oleh Penyumbang Rencana|
P ada 30 Oktober 2022 bertempat di Osaka, Jepun, satu MOU (Memorandum Persefahaman) untuk Kerjasama Strategik Global diumumkan diantara syarikat VinFast dan CATL (Contemporary Amperex Technology Company).

Majlis menandatangani MOU itu disaksikan oleh Pengurusi CATL, Dr Robin Zeng dan Pengerusi VinFast, Encik Pham Nhat Vuong.

Berdasarkan perjanjian itu, CATL dan VinFast berhasrat untuk meneroka pelbagai bentuk kerjasama pada casis papan selaju CIIC (Casis Pintar Bersepadu CATL), di samping kerjasama mengenai bekalan bateri dengan teknologi CTP (Sel-Ke-Pek) antara kedua-dua syarikat.

 

En. Pham Nhat Vuong - Pengerusi Vingroup dan En. Robin Zeng - Pengasas dan Pengerusi CATL (tengah) menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman mengenai kerjasama strategik antara CATL dan VinFast di Osaka, Jepun pada 30 Oktober 2022

 

Casis papan selaju CIIC menyepadukan pek bateri, motor elektrik dan unit kritikal lain ke dalam satu lapisan di bahagian bawah kenderaan, bertujuan untuk mengurangkan kos bahan, berat kenderaan dan penggunaan tenaga sambil memaksimumkan ruang kabin untuk pemanduan yang optimum.

Selain kerjasama pada bateri CTP dan CIIC, CATL juga bersedia untuk bekerjasama bersama VinFast berkenaan bidang yang dapat menggalakkan peralihan e-mobiliti dan inovasi bateri. 

Dengan memanfaatkan bateri canggih dari CATL, Kenderaan elektrik inovatif VinFast akan mencapai tahap yang lebih tinggi dari segi jumlah, keselamatan dan pemanduan pintar.

Naib Pengerusi Vingroup dan Ketua Pegawai Eksekutif Global VinFast berkata, “VinFast menghubungkan kecerdasan global untuk menggalakkan penyelidikan dan pengeluaran kenderaan elektrik pintar. Kerjasama bersama CATL sebagai peneraju global teknologi inovatif baharu merupakan pencapaian seterusnya dalam pembangunan menggunakan teknologi canggih untuk meningkatkan jarak pemanduan dan pengalaman sambil menawarkan harga yang kompetitif, menjadikan kenderaan elektrik pintar lebih cekap dan boleh diakses oleh semua orang".

Kerjasama yang dijalin oleh kedua-dua syarikat akan mempromosikan inovasi teknologi bateri dan e-mobiliti global, menyumbang kepada pemacu global untuk peralihan tenaga dan matlamat neutraliti karbon.

Penulis: Ahmad Danial Yasin

Berita Berkenaan

Berita Global
Biarpun sekadar meraih skor keseluruhan 4 bintang sahaja, namun VF e34 ternyata mencatatkan…
Berita Global
Electrify America kini mengendalikan kira-kira 3,500 unit pengecas 150 kW dan 350 kW di 800 buah…
Berita Global
Menurut Nikkei, kerugian tersebut disumbangkan oleh prestasi jualan kenderaan konvensional di…