VinFast Fadil sedia diedarkan, sedan & SUV premium pada penghujung Julai ini

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengeluar automotif pertama dari Vietnam, Vinfast kini berada di landasan yang tepat untuk beroperasi sebagai sebuah syarikat automotif tiga bulan lebih awal berbanding perancangan asal. 

Fasiliti yang terletak di bandar pelabuhan utara Hai Phong itu mempunyai kapasiti pengeluaran sebanyak 250,000 buah kereta dan 250,000 motosikal elektrik setahun. 

Kapasiti pengeluaran tersebut akan ditambah dua kali ganda apabila fasa kedua kilang tersebut siap pada tahun 2025.
 


Produk pertama yang keluar dari barisan produksi ialah VinFast Fadil (boleh dikatakan Abang Long Fadil) merupakan sebuah crossover utility vehicle (CUV) urban yang ditukarkan lencananya daripada Opel Karl Rocks.

Difahamkan, VinFast Fadil akan mula dihantar ke pengedar pada 17 Jun ini, manakala sedan LUX A2.0 dan SUV LUX SA2.0 pula akan diedarkan pada penghujung Julai ini. 

Dengan adanya fasiliti pemasangan tersendiri, VinFast turut mensasarkan kandungan barangan tempatan sehingga 60 peratus untuk kereta, dan 100 peratus kandungan tempatan untuk motosikal elektrik. 
 


Sumber: VN Express

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Syamsul, pemandunya memakai baju VinFast dan kereta itu menggunakan plet pendaftaran…
Berita Global
Jumlah itu cukup besar dan masalahnya ialah kekurangan stesen pengecasan untuk EV tersebut. Buat…
Berita Global
Walaupun pada acara IIMS 2024 tersebut, Vinfast tayangkan lima buah model EVnya, iaitu model VFe34…