Menurut laporan terbaharu dari CarsGuide, ia merupakan susulan daripada penutupan operasi VinFast di Port Melbourne pada bulan Mei dengan menggunakan alasan sekatan pergerakan antara negara.
VinFast sebaliknya mengumumkan pembangunan kenderaan akan dibuat di negara asal Vietnam.
Litar ujian Lang Lang merupakan antara litar ujian yang tertua di dunia, dibina pada tahun 1957 dan juga litar ujian automotif yang paling moden pada ketika ini selepas dinaiktaraf pada tahun 2018.

Fasiliti ini merangkumi litar sepanjang 44 km yang berturap dan tidak berturap, skid pan berdiameter 100 meter, litar berbentuk bulat sepanjang 4.7 km serta makmal emisi termaju.
VinFast mengambil alih Litar Ujian Lang Lang itu setelah syarikat automotif Holden menghentikan operasinya pada hujung tahun 2020.
Sebelum ini, VinFast memasuki pasaran Australia bagi 'menggantikan' peranan Holden selain memburu ratusan bekas jurutera Holden untuk mengisi jawatan di dalam pusat kejuruteraan VinFast Engineering yang terletak di Melbourne.
Sumber: CarsGuide